Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan di Sarikei. -Foto IPD Sarikei.

Penunggang motosikal maut dirempuh dari belakang

SARIKEI, 27 Dis: Seorang penunggang motosikal maut dirempuh kenderaan lain ketika dalam perjalanan dari Sungai Rusa menghala ke rumahnya di Sungai Selapan di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sarikei, P/Supt Aswandy Anis berkata, insiden kira-kira 9.45 malam itu mengakibatkan mangsa Jimpi Asam,58, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa katanya menunggang motosikal seorang diri dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan tinggi yang tidak dikenal pasti jenis dan nombor pendaftaran yang berada di laluan kanan dari arah Sungai Rusa menuju ke Jakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesan pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kaki dan dada.

Motosikal mangsa katanya mengalami kerosakan teruk di hadapan dan belakang namun tiada serpihan kenderaan lain dijumpai.

“Lekaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Sarikei yang tiba di lokasi dan Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Beliau berkata, sasatan lanjut kini sedang dijalankan dan pihak polis menyeru agar mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Ahmad Mustaqim Idris di talian 010-4427240 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan