Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, telah menyempurnakan upacara menanam pokok Cempaka Kuning sebagai simbolik lawatan beliau ke Taman Tasik Titiwangsa semalam. Foto Fadillah Yusof (FB)

Pokok Cempaka Kuning simbol lawatan Tun Wan Junaidi ke Taman Tasik Titiwangsa

ByMuqri Aziz

KUCHING, 28 Dis: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan upacara menanam pokok Cempaka Kuning sebagai simbolik lawatan beliau ke Taman Tasik Titiwangsa semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa Wan Junaidi turut mengadakan lawatan ringkas ke kemudahan rekreasi serta kawasan sekitar taman tasik tersebut.

Menurut Fadillah, Wan Junaidi juga diberi taklimat ringkas mengenai Taman Tasik Titiwangsa yang dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif.

Turut hadir ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, yang diiringi oleh isteri Fadillah Yusof, Datin Sri Ruziah Mohd Tahir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan