Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah kayu setingkat terbakar di Kampung Seri Petanak, Jalan Petanak, Mukah, malam tadi. Foto JBPM

Jalan sempit sukarkan bomba padam kebakaran di Kampung Petanak

MUKAH, 28 Dis: Keadaan jalan yang sempit ke lokasi menyukarkan pihak bomba membantu memadamkan kebakaran di Kampung Seri Petanak, Jalan Petanak di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Mohd Khaizal Manan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.08 malam dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu setingkat.

“Kediaman berkenaan gagal diselamatkan dan telah terbakar keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak melibatkan mangsa.

“Anggota bomba membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos 200 kaki, dua nozel, satu floating pump dan sumber air terbuka sungai berhampiran lokasi kebakaran.

“Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 9.16 malam,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan