Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas Ulang Tahun ke-50 Pertubuhan Pengamal Perubatan Swasta Sarawak

Sarawak rangka pelan induk kesihatan komprehensif

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 28 Dis: Sarawak kini sedang merangka pelan induk kesihatan komprehensif dengan matlamat memperbaiki sistem penjagaan kesihatan dan mencapai autonomi kesihatan seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, usaha tersebut akan melibatkan pelbagai pihak termasuk sektor swasta dan universiti tempatan seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam merangka pelan yang dapat memenuhi keperluan jangka panjang Sarawak.

“Saya telah bertanyakan mengenai Pelan Induk Kesihatan yang dibangunkan oleh institut swasta Sarawak dan saya difahamkan bahawa bersama dengan UNIMAS, mereka diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan pelan induk ini.

“Saya ingin semua pihak dapat menyumbang untuk melihat apa lagi yang perlu kita lakukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas Ulang Tahun ke-50 Pertubuhan Pengamal Perubatan Swasta Sarawak di sini pada Jumaat.

Katanya, pendaftaran kerja, pembiayaan dan perkara lain berkaitan perlu disusun kerana matlamat autonomi kesihatan yang penting malah menyifatkan bahawa ia akan menjadi satu pelan jangka panjang.

Beliau turut menyatakan autonomi kesihatan adalah salah satu daripada matlamat utama Kerajaan Sarawak yang bertujuan memastikan wilayah ini dapat menguruskan sendiri sistem kesihatannya tanpa bergantung sepenuhnya kepada Kuala Lumpur.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr. Hazland Abang Hipni. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan