Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang disyaki melakukan khianat ke atas seekor anjing sehingga mati dengan menggunakan panah di sebuah ladang di Selama dekat sini, Ahad lalu telah didakwa di mahkamah pada Isnin. Foto media sosial

Lelaki panah anjing didakwa di mahkamah

IPOH, 27 Dis: Seorang lelaki yang disyaki melakukan khianat ke atas seekor anjing sehingga mati dengan menggunakan anak panah di sebuah ladang di Selama di sini, Ahad lalu telah didakwa di mahkamah pada 23 Disember lepas.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner (DCP) Zulkafli Sariaat berkata, lelaki berusia 44 tahun itu telah dicekup polis kira-kira pukul 4.30 petang pada hari yang sama selepas pihaknya menerima laporan.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang dibuat oleh seorang pengawal keselamatan ladang kira-kira pukul 2.14 petang, lelaki itu mendakwa melihat seekor anjing milik ladang itu dalam keadaan berdarah.

“Terdapat satu anak panah yang tertusuk di badan anjing itu dan ia telah mati di tempat kejadian selepas anak panah dicabut.

“Suspek kemudian berjaya ditangkap dan polis merampas satu busur panah bersama lima batang anak panah bagi siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

“Susulan tangkapan, suspek juga telah dituduh di Mahkamah Majistret Taiping keesokan harinya dan dibebaskan dengan jaminan mahkamah sementara menunggu tarikh peribacaraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mengecam keras insiden kekejaman haiwan di Ladang Malaya, Selama pada 22 Disember lepas, yang menyaksikan seekor anjing mati akibat dipanah.

SAFM dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasminya berkata, anjing dinamakan Kutty telah diserang dengan anak panah oleh seorang pekerja hanya kerana memasuki satu lorong tertentu. – TVS

Tags: anjing, mati, panah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan