Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasad warga emas yang lemas selepas jatuh sungai ketika melakukan kerja-kerja mengemas bot di jeti Kampung Kelaoh di Lundu pada Rabu dijumpai hari ini. Foto JBPM

Warga emas jatuh sungai di Lundu dijumpai lemas

LUNDU, 27 Dis: Warga emas yang jatuh sungai ketika melakukan kerja-kerja mengemas bot di jeti Kampung Kelaoh di sini pada Rabu dijumpai lemas hari ini.

Komander Operasi, Muhamad Hazijul Abdul Mujun berkata, jasad Jokepli Hamidi, 60, dijumpai penduduk kampung dengan jarak anggaran 300 meter ke hilir sungai dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Jasad mangsa telah sampai di jeti Haji ji Mahyan dibawa oleh pasukan SAR pada jam 8.38 pagi, seterusnya diperiksa oleh pihak polis di lokasi.

“Jasad seterusnya dibawa oleh pihak polis ke Hospital Lundu untuk tujuan proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dengan penemuan jasad mangsa operasi SAR ditamatkan pada jam 10.10 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan