Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kilang pembuatan mega Tesla di Shanghai, China dijangka siap dibina menjelang akhir tahun ini, menurut Tesla China. Foto fail AFP

Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun

ByBernama

SHANGHAI, 25 Dis: Kilang pembuatan mega Tesla di Shanghai, China dijangka siap dibina menjelang akhir tahun ini, menurut Tesla China, lapor Xinhua.

Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.

Pengeluaran secara besar-besaran dijangka bermula pada suku pertama 2025 dengan kapasiti awal 10,000 unit setahun, bersamaan penyimpanan tenaga kira-kira 40 GWh.

Dengan keluasan kira-kira 200,000 meter persegi, kilang baharu itu melibatkan jumlah pelaburan sekitar 1.45 bilion yuan (kira-kira US$201.76 juta), menurut pentadbiran Kawasan Khas Lin-gang Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Shanghai).

Kilang pembuatan mega itu adalah yang pertama seumpamanya dibina Tesla di luar Amerika Syarikat dan kilang kedua syarikat itu di Shanghai selepas pembukaan kilang giganya pada 2019. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan