Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sorang warga emas ditemui terbaring di hadapan Mahkamah Sarikei, pagi tadi.

Warga emas ditemui terbaring di tepi jalan

ByAsmah Adenan

SARIKEI, 25 Dis: Seorang lelaki warga emas ditemui terbaring di hadapan Mahkamah Sarikei, Jalan Bangunan Kerajaan Sarikei di sini pagi tadi.

Komander Operasi, PBKII KUP Alffian Sahmat berkata, sejurus menerima panggilan pada jam 7.50 pagi tadi pihaknya terus menggerakkan empat anggota untuk ke tempat kejadian.

“Sejurus tiba, didapati seorang lelaki warga emas terbaring di tepi jalan raya. Mangsa, Siaw Meng Cheng berusia 73 tahun.

“Pasukan Bomba bersama-sama Anggota Pertahanan Awam (APM) mengangkat mangsa ke atas stretcher.

”Mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Operasi tamat sekitar jam 8.20 pagi setelah memastikan keadaan selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan