Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia seorang diri dalam sebuah rumah di Ipoh Garden South di sini, awal pagi ini. Foto hiasan Envato

Warga emas meninggal dunia seorang diri di rumah

ByBernama

IPOH, 24 Dis: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia seorang diri dalam sebuah rumah di Ipoh Garden South di sini, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.13 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa berusia 68 tahun ditemukan terbaring di atas kerusi malas di dalam bilik air rumahnya dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian.

“Rakan mangsa menyedari mangsa terkunci di dalam bilik air dan mengesyaki sesuatu telah berlaku. Rakan mangsa telah menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan