Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pemimpin Persekutuan Kabaddi Malaysia (MKF) melebarkan sayap mereka apabila dipilih sebagai Naib Presiden dan Penolong Setiausaha Kabaddi Asia pada mesyuarat agung tahunan (AGM) berlangsung secara dalam talian semalam. Foto World Kabaddi

Wakil Malaysia isi dua jawatan tertinggi Kabaddi Asia

ByBernama

PHNOM PENH, 23 Dis: Dua pemimpin Persekutuan Kabaddi Malaysia (MKF) melebarkan sayap mereka apabila dipilih sebagai Naib Presiden dan Penolong Setiausaha Kabaddi Asia pada mesyuarat agung tahunan (AGM) berlangsung secara dalam talian semalam.

Presiden MKF Dr Paul Selvam Devadoss dilantik mengisi satu daripada kerusi Naib Presiden manakala Setiausaha MKF S Devanathan selaku Penolong Setiausaha.

Delegasi dari 14 negara Asia hadir pada AGM yang dijalankan secara dalam talian bagi memilih barisan kepimpinan baharu menjelang Piala Dunia Kabaddi di Wolverhampton, Walsall, Birmingham dan Coventry pada 17 hingga 23 Mac tahun depan.

Setiausaha Agung World Kabaddi S T Arasu pada mesyuarat berkenaan berkata beliau yakin badan eksekutif baharu ini akan membantu mengukuhkan sukan kabaddi di Asia.

“Asia adalah tempat lahir World Kabaddi dan Asia. Saya yakin Kabaddi Asia akan melihat perkembangan kabaddi di semua peringkat.

“Termasuk pengendalian kursus teknikal dan kejurulatihan untuk memperkasakan persekutuan kebangsaan dan mewujudkan kalendar kejohanan yang lebih mantap,” katanya.

Sheikh A Rahman Mubarak A H Al-Thani dari Qatar pula dipilih sebagai Presiden Kabaddi Asia dan secara automatik dilantik sebagai Naib Presiden World Kabaddi.

Selain Paul, turut dipilih sebagai Naib Presiden Kabaddi Asia ialah Wyman Tang (Hong Kong), Ashok Kumar (India) dan Anura Pathirana (Sri Lanka).

Maran Chakrapani dari Singapura dipilih Setiausaha Agung manakala Wang Tzu Wen dari Taiwan sebagai bendahari.

Jawatankuasa baharu Kabaddi Asia terdiri daripada Tayyab Gilani (Pakistan), Samiullah Mussaraf (Afghanistan), Shiva Sainju (Nepal), Abed Almonem (Palestin), dan Sok Ang (Kemboja).

Menurut Arasu, perbincangan turut diadakan bersama Persekutuan Kabaddi Seluruh India untuk menganjurkan Kejohanan Asia pada 2025.

Pada saingan Piala Dunia di England tahun depan, bagi kategori lelaki, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah England, Poland dan Cameroon.

Juara 2019, India pula diundi dalam Kumpulan C bersama China, USA dan Tanzania.

Bagi kategori wanita pula,Malaysia tidak mengambil bahagian.

Berikut undian untuk Piala Dunia 2025:

 

Lelaki

———

Kumpulan A: England, Malaysia, Poland, Cameroon

Kumpulan B: Sri Lanka, Hong Kong, Scotland, Mesir

Kumpulan C: India, China, USA, Tanzania

Kumpulan D: Pakistan, Taiwan, Itali, Kenya

 

Wanita

———-

Kumpulan A: England, Hong Kong, Poland, Tanzania

Kumpuan B: India, Mesir, Scotland, Kenya

-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan