Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Manchester United terkilan selepas jaringan pertama Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad di Old Trafford. Foto: AFP

Bournemouth ‘aib’ Man United di Old Trafford

ByTVS

Manchester, 23 Dis: Kejutan besar di Old Trafford apabila pasukan Bournemouth mencatat kemenangan 3-0 ke atas Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, menambah derita buat pasukan tuan rumah yang kini merudum ke tangga ke-13 liga.

Jaringan pertama dibuka oleh Dean Huijsen pada minit ke-29, selepas menanduk masuk sepakan percuma Ryan Christie.

Meski United cuba bangkit dengan beberapa serangan menjelang akhir babak pertama, namun mereka gagal memecah kebuntuan.

Dua gol pantas pada awal babak kedua meletakkan Bournemouth di landasan kemenangan.

Justin Kluivert menambah derita United dengan gol kedua pada minit ke-61 menerusi sepakan penalti, selepas Noussair Mazraoui menjatuhkan pemain sayap Belanda itu di dalam kotak penalti.

Tidak cukup dengan itu, Antoine Semenyo memastikan kemenangan dengan gol ketiga pada minit ke-63, hasil hantaran cantik Dango Ouattara yang menewaskan penjaga gol United, Andre Onana.

Kemenangan bergaya ini adalah yang keempat dalam lima perlawanan untuk Bournemouth, yang melonjak ke tangga kelima dengan 28 mata, manakala United kekal di kedudukan 13 dengan hanya 22 mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan