Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Bahagian Bakat dan Keusahawanan Digital MDEC, Ts Nik Naharudin Mohd Nasir dan Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hatta Rashid bergambar kenangan semasa Majlis Perasmian Penutupan Karnival #UNIMASpreneur 2024 Lagi. Foto UNIMAS

UNIMAS dipilih sebagai rakan strategik MDEC dan PUNB

ByAsmah Adenan

KOTA SAMARAHAN, 23 Dis: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui UNIMAS Entrepreneurship Centre mencatat sejarah baharu apabila dipilih sebagai rakan strategik eUsahawan Hab oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).

Kenyataan yang dikeluarkan UNIMAS hari ini memaklumkan, pengiktirafan tersebut bertujuan melengkapkan ekosistem eUsahawan MDEC dalam usaha menggalakkan penglibatan usahawan komuniti sekitar UNIMAS melibatkan diri dalam keusahawanan digital.

“Selain daripada komitmen yang diberikan oleh pihak UNIMAS, lokasi yang strategik juga menjadi faktor utama UNIMAS dipilih menjadi salah satu rangkaian Hab eUsahawan.

“Melalui pengiktirafan ini, segala maklumat mengenai latihan dan program anjuran MDEC akan disalurkan kepada UNIMAS sebagai rangkaian hab. Sehubungan dengan itu, pelajar dan usahawan komuniti setempat boleh mendapatkan informasi, khidmat nasihat serta bimbingan berkaitan keusahawanan digital di UNIMAS,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Bakat dan Keusahawanan Digital, MDEC, Ts Nik Naharudin Mohd Nasir dalam ucapannya berharap semoga kerjasama yang terjalin antara MDEC-UNIMAS dapat diteruskan lagi bagi memberi lebih banyak manfaat kepada bukan sahaja pelajar dan usahawan setempat, malah kepada UNIMAS juga.

Sesi penyerahan plak Hab eUsahawan yang berlangsung pada 14 Disember lepas di Dewan Kristal, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hatta Rashid dan disampaikan oleh Pengarah Bahagian Bakat dan Keusahawanan Digital MDEC, Ts Nik Naharudin Mohd Nasir sempena Majlis Perasmian Penutupan Karnival #UNIMASpreneur 2024 Lagi.

Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) turut mengumumkan kerjasama strategik dengan UNIMAS Entrepreneurship Centre (UEC) dalam pelaksanaan Program Uni-Challenge 2024 yang bertujuan memupuk bakat keusahawanan Social Entrepreneurship Startup di peringkat awal, khususnya dalam kalangan pelajar universiti.

Terdapat lima kumpulan pelajar telah bertanding untuk merebut hadiah berjumlah RM7,000.

Karnival yang berlangsung selama dua hari bermula 13 hingga 14 Disember itu berjaya mengumpulkan 190 gerai jualan yang terdiri daripada lebih 1,200 pelajar UNIMAS yang mengambil kursus keusahawanan asas serta telah mendapat sokongan penuh daripada para pensyarah kursus tersebut.

Antara agensi yang turut serta dalam karnival tersebut termasuk Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), Sarawak Digital Economy Coroporation (SDEC), Bank Rakyat, CelcomDigi, Pungu Borneo, Level Up, Worming Up dan PetroTech. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan