Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan genosid Israel terus berlaku tanpa henti walaupun terdapat gesaan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk gencatan senjata segera dan arahan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Foto: AFP

5 rakyat Palestin, termasuk 4 kanak-kanak, terbunuh serangan udara Israel di Jabalia

ByBernama

GAZA, 22 Dis: Lima rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah kediaman di bandar Jabalia, utara Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan pendudukan Israel menyasarkan rumah itu pada awal pagi Ahad, menyebabkan rumah itu runtuh. Mangsa, termasuk seorang ibu dan anak-anaknya, terperangkap di bawah runtuhan.

Walaupun pasukan penyelamat berusaha untuk mengeluarkan mereka, kelima-lima individu disahkan terbunuh.

Pencerobohan Israel yang berterusan ke atas Gaza sejak Oktober 2023 setakat ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya 45,227 kematian rakyat Palestin yang didokumenkan, dengan lebih 107,573 yang lain cedera.

Ribuan mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh pasukan kecemasan dan pertahanan awam akibat serangan Israel.

Serangan genosid Israel terus berlaku tanpa henti walaupun terdapat gesaan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk gencatan senjata segera dan arahan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendesak langkah-langkah untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai serta meringankan situasi kemanusiaan yang teruk di Gaza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan