Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pikap yang diparkir di luar rumah di Lorong Moyan Jaya 2, Kuching terbakar hari ini Foto JBPM

Pikap diparkir luar rumah terbakar

KUCHING, 22 Dis: Sebuah pikap yang diparkir di luar rumah di Lorong Moyan Jaya 2 di sini, terbakar pagi tadi.

Komander Operasi, Rahman Abang Deni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.08 pagi dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pikap Nissan yang diparkin di luar rumah yang terbakar 80 peratus di bahagian hadapan kenderaan.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air dari jentera untuk mangawal dan memadam kebakaran tersebut.

“Kerja-kerja overhaul dilakukan untuk memastikan tiada lagi punca api.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan