Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tetamu dihidang dengan aneka jenis buah -buahan. Foto Azeman Akel.

Hidang sambil dedah khasiat buah-buahan

SARIKEI, 22 Dis: Bukan sekadar menjamu tetamu tetapi mendedahkan kepada murid mengenai khasiat buah-buahan merupakan objektif utama program mari makan buah anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Rentap.

Selain buah durian, tetamu turut berpeluang merasai keenakan buah manggis, rambutan, dabai, langsat dan lain-lain lagi.

Pengerusi penganjurnya, Azeman Akel berkata, kesemua buah-buahan itu adalah hasil pembelian warga sekolah selain sumbangan komuniti di kawasan berkenaan.

“Kita mengambil masa seminggu untuk mengumpul semua buah-buahan ini sebelum dihidangkan kepada tetamu.

“Selain menawarkan peluang untuk menikmati pelbagai jenis buah-buahan segar, program ini juga berfungsi sebagai platform untuk mengeratkan hubungan sosial dan mempromosikan kesedaran tentang pentingnya pengambilan makanan sihat,” katanya kepada TVS.

Menurut Azeman, melalui program pertama itu, tetamu dijemput untuk menikmati aneka buah yang dipamerkan di atas meja panjang dalam suasana terbuka.

“Antara buah yang sering menjadi tumpuan adalah durian, dikenali sebagai ‘raja buah’ kerana rasanya yang unik dan aromanya yang kuat.

“Selain daripada keseronokan menikmati buah-buahan, program ini juga memberi peluang kepada penganjur untuk mempromosikan gaya hidup sihat,” ujarnya.

Beliau berkata, buah-buahan kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang penting untuk kesihatan tubuh badan.

Dengan adanya maklumat tentang khasiat setiap jenis buah, tetamu dan murid boleh belajar tentang kelebihan mengamalkan diet seimbang sekali gus membantu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemakanan sihat dalam kehidupan seharian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan