Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 16 Ogos -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kabinet: Ketua Menteri berterima kasih atas pelantikan Ahli Parlimen dari Sarawak

ByOdleen Catherny

MUKAH, 28 Ogos: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyatakan luahan syukur di atas pelantikan beberapa Ahli Parlimen dari Sarawak.

Apa yang penting baginya pada ketika ini adalah kerajaan yang stabil bagi menguruskan situasi pandemik COVID-19 seluruh Malaysia.

Mengambil contoh, negeri Sarawak kini telah mencapai 86 peratus penduduknya divaksinasi lengkap.

“Kebanyakkan kes-kes positif Covid-19 di Sarawak sekarang melibatkan kategori 1 atau 2, bermakna mereka di dalam kategori ini boleh menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Unit Rawatan Rapi di Sarawak juga tidak lagi penuh seperti sebelumnya, di mana secara langsung kita sudah dapat mengurangkan kadar kematian,” katanya dalam satu majlis di sini, pada Sabtu.

Jelasnya lagi, ini menunjukkan impak positif program vaksinasi di Sarawak.

Namun begitu, orang ramai disarankan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan penuh disiplin.

Pada masa yang sama, dalam memastikan isu kesihatan rakyat terkawal, tegasnya, sesebuah kerajaan itu hendaklah ditadbir dengan keadaan politik yang stabil.

Dengan itu, bukan sahaja program vaksinasi dapat dilaksanakan dengan baik malah kes-kes jangkitan Covid-19 di tahap kritikal juga mampu dielakkan.

Terdahulu, lapan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menganggotai barisan Kabinet yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Empat daripada mereka adalah menteri penuh sementara empat lagi dilantik sebagai timbalan menteri.

Manakala dua lagi wakil dari Sarawak adalah Willie Mongin dan Datuk Ali Biju daripada Parti Pribumi Malaysia (BERSATU).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan