Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar PJJ UUM bersama warga emas dan semua pihak yang terlibat merakam gambar kenangan. Foto TVS

Santuni, selami jiwa warga emas

SIBU, 21 Dis: Pelajar Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan Program Tautan Kasih bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan Sibu.

Program yang bertemakan tangan dihulur, budi ditabur itu bertujuan memperkukuh hubungan pelajar dengan komuniti melalui aktiviti kesukarelawanan sekali gus memupuk semangat keprihatinan terhadap warga emas

Pengarah program, Embah Lanting berkata, melalui program itu, ia mendedahkan pelajar kepada suasana dan rutin warga emas di RSK Sibu selain memberikan bantuan tenaga dan kepakaran kepada komuniti setempat.

“Kita juga memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa dalam masa kita meneruskan kehidupan dengan tidak melupakan insan seperti warga emas ini yang berjasa sebagai ibu bapa.

“Selain itu kita harap ada sumbangan daripada pihak luar untuk kita jayakan program seperti ini.

“Itu sebab mengapa kita membawa sekali rakan strategik bersama untuk kita dedahkan bahawa ada pihak yang memerlukan sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Tautan Kasih bersama warga emas di RSK Sibu pada Sabtu

Tambahnya, program itu juga bagi mewujudkan jaringan perkhidmatan antara pelajar dan rakan strategik yang terlibat seperti LYA Construction Group Sdn. Bhd, Kumang and Co. dan The Wall Barbershop yang merupakan penaja bagi program itu.

“Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti senamrobik, sukaneka, gotong-royong, sesi perkongsian mengenai gaya hidup sihat dan gembira oleh Kumang and Co. serta program gunting rambut percuma oleh The Wall Barbershop,” ujarnya.

Menurutnya, seramai 10 pelajar PJJ UUM semester tujuh yang terlibat menyantuni seramai 31 warga emas bagi memenuhi keperluan subjek Pembangunan Masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Pengetua RSK Sibu, Situ Afiah Samad berbesar hati dengan penganjuran program itu yang diadakan di pusat tersebut.

“Ia sedikit sebanyak memberi impak kepada kehidupan dan kebajikan warga emas di pusat ini.

“Kita berharap lebih ramai pihak tampil membantu dan menyantuni warga emas di sini yang memerlukan sokongan masyarakat,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan