Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025

ByBernama

SEOUL, 20 Dis: Korea Selatan memutuskan untuk menerima 207,000 pekerja asing bukan profesional ke negara itu tahun depan di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan, lapor Agensi Berita Yonhap pada Jumaat, memetik kenyataan pegawai.

Berdasarkan keputusan yang dicapai oleh jawatankuasa kerajaan, bilangan pekerja di bawah visa permit pekerjaan E-9 untuk tahun depan ditetapkan pada 130,000, iaitu penurunan sebanyak 35,000 berbanding tahun ini, menurut Pejabat Penyelarasan Dasar Kerajaan.

Bilangan pekerja di bawah visa kerja bermusim E-8 pula ditingkatkan 7,000 kepada 75,000, mengambil kira penurunan populasi di kawasan luar bandar dan komuniti nelayan.

Bagi visa pekerjaan pelaut E-10, tiada had jumlah tetap kerana ia beroperasi di bawah sistem kuota keseluruhan. Pegawai menjangkakan jumlahnya sekitar 2,100 tahun depan.

Kerajaan merancang untuk memuktamadkan kuota khusus bagi setiap visa dan menetapkan pelan operasi untuk tahun depan selepas berbincang dengan agensi berkaitan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan