Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir di Johor pulih sepenuhnya susulan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat ditutup 6 petang tadi. Foto hiasan Bernama

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

ByBernama

JOHOR BAHRU, 20 Dis: Banjir di Johor pulih sepenuhnya susulan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat ditutup 6 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan PPS yang dibuka sejak 29 Nov lepas itu hari ini membenarkan 36 mangsa daripada 11 keluarga pulang ke kediaman masing-masing.

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing apabila keadaan didapati selamat dan banjir di kawasan petempatan mereka surut.

“Selain itu, hanya stesen Sungai Paya Dato di Mersing dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.51 meter (trend menaik),” katanya dalam kenyataan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan