Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalan di kawasan Ulu Pedai Kanowit dinaiki air menyebabkan penduduk terputus hubungan.Foto JBPM

Jalan ke Ulu Pedai dinaiki air, penduduk putus hubungan

KANOWIT, 20 Dis: Jalan menuju ke kawasan Ulu Pedai dinaiki air pagi ini menyebabkan penduduk setempat terputus hubungan.

Komander Operasi Yusuf Morni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.14 pagi dengan menggerakkan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit ke lokasi kejadian.

“Bilik kawalan BBP Kanowit maklumat seramai 10 pelajar bersama-sama ibu bapa yang sedang dalam perjalanan balik dari asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Pedai Kanowit menuju ke rumah tidak dapat meneruskan perjalanan kerana jalan utama terputus hubungan akibat dinaiki air.

“Setibanya di lokasi didapati jalan dinaiki air setinggi empat kaki sepanjang 300 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bersama anggota polis bertindak mengiringi kesemua mangsa menyeberangi laluan tersebut menggunakan Personal Floating Device (PFD).

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.10 pagi. Kesemua mangsa selamat dan bergerak balik ke rumah masing-masing,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan