Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Seri Iskandar dekat sini cedera pada beberapa bahagaian badan selepas dipukul oleh beberapa rakan sekuliah akibat perselisihan faham baru-baru ini. Foto hiasan Bernama

Penuntut IPTA cedera dipukul rakan sekuliah

IPOH, 20 Dis: Seorang pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Seri Iskandar dekat sini cedera beberapa bahagaian badan selepas dipukul oleh beberapa rakan sekuliah akibat perselisihan faham baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafizul Helmi Hamzah berkata, polis menerima laporan daripada bapa mangsa kira-kira pukul 6.45 petang pada Selasa lalu yang mendakwa mangsa dipukul secara beramai-ramai.

“Pelajar itu mengalami kecederaan pada telinga, luka dan bengkak pada atas kening sebelah kanan, lebam pada tangan dan kaki kiri serta kesan merah pada perut dan tengkuk.

“Mangsa mendakwa diperlakukan sedemikian oleh rakan sekuliah di asrama IPTA itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hafizul, bertindak atas laporan itu, polis telah menahan reman tiga suspek berusia 18 hingga 20 tahun selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Disember untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan siasatan, motif kejadian berlaku kerana selisih faham dan provokasi antara mereka di bilik asrama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan