Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara dilanjutkan selama tiga jam hingga 8 malam sempena cuti persekolahan bermula Sabtu ini hingga 28 Dis. Foto hiasan Envato

Waktu operasi pejabat pengeluar pasport dilanjut hingga 8 malam sempena cuti sekolah

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Dis: Waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara dilanjutkan selama tiga jam hingga 8 malam sempena cuti persekolahan bermula Sabtu ini hingga 28 Dis.

JIM dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan waktu pengoperasian di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah bermula 8 pagi hingga 8 malam pada 23 hingga 26 Dis.

Waktu operasi adalah 8 pagi hingga 3 petang pada 21, 27 dan 28 Dis.

Sementara itu, waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport JIM bagi Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah 8 pagi hingga 8 malam pada 22 hingga 24 Dis.

Waktu operasi adalah 8 pagi hingga 3 petang pada 21 dan 28 Dis ini manakala 8 pagi hingga 6.30 petang pada 26 Dis.

“Kami berharap dengan pelanjutan waktu operasi ini akan dapat membantu melancarkan urusan anda,” menurut hantaran itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan