Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Liverpool melangkah ke pusingan seterusnya selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Southampton dalam aksi Piala Carabao.

Piala Carabao 2024: Liverpool, Arsenal, Newscastle tempah slot semi final

ByShafik Ahmad

KUCHING, 19 Dis: Liverpool melangkah ke pusingan seterusnya selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Southampton dalam aksi Piala Carabao.

Darwin Núñez dan Harvey Elliott masing-masing menjaringkan gol untuk The Reds, sementara gol tunggal Southampton dijaringkan oleh Cameron Archer.

Sementara itu, Arsenal turut mencatat kemenangan besar dengan menewaskan Crystal Palace 3-2.

Gabriel Jesus menjadi bintang perlawanan dengan mencetak hatrik yang memastikan kemenangan untuk The Gunners, meskipun Crystal Palace cuba memberikan saingan menerusi jaringan Philippe Mateta dan Eddie Nketiah.

Di satu lagi perlawanan menarik, Newcastle United menewaskan Brentford 3-1, hasil jaringan daripada Sandro Tonali dan Fabian Schär.

Brentford hanya mampu meraih gol saguhati menerusi Yoane Wissa pada masa tambahan, namun ia tidak cukup untuk menghalang kemenangan pasukan tuan rumah.

Manakala perhitungan antara Tottenham Hotspur dan Manchester United dijadual berlangsung pagi esok.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan