Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali merakam gambar kenangan bersama para pemenang semasa Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Pertandingan Kebersihan, Kecantikan dan Kejiranan Contoh (3K) 2024 di English Tea House di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Masyarakat perlu lebih peka terhadap program 3K – Hasidah

KUCHING, 18 Dis: Kesedaran minda masyarakat perlu lebih peka terhadap Program Kebersihan, Kecantikan dan Kejiranan Contoh (3K) yang bertujuan untuk mencapai tahap kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang tinggi.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, penglibatan masyarakat dari semua peringkat umur terutama golongan pelajar sekolah merupakan satu langkah penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang lebih bertanggungjawab, harmoni dan berdaya saing.

Katanya, inisiatif seperti itu mampu memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam membentuk persekitaran yang lebih baik dan meningkatkan kualiti hidup.

“Kita mesti mengubah pemikiran masyarakat kita bukan hanya pada status
quo yang berubah.Jika program pertandingan seperti ini diteruskan dengan hebatnya setiap tahun yang mesti melibatkan anak-anak dari sekolah lagi sebab jika kita nak mengubah minda dan itu dari muda,” katanya.

Beliau berucap semasa Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Pertandingan Kebersihan, Kecantikan dan Kejiranan Contoh (3K) 2024 di English Tea House di Kuching pada Rabu.

Jelasnya, semua komuniti perlu memainkan peranan dalam mengatur strategi serta mengambil tindakan bagi memastikan kawasan kampung dan taman yang didiami kekal cantik, bersih dan selamat.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman berkata, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sentiasa berusaha untuk memperkasakan pelbagai program dan inisiatif yang dapat memberikan impak positif kepada seluruh masyarakat di Bandaraya Kuching khasnya.

Menurutnya, antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti program pembersihan, penyelenggaraan taman-taman awam dan pemantauan kesihatan awam secara berkala.

“Saya ingin menegaskan bahawa DBKU akan terus komited dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif berkaitan kebersihan dan keselamatan.

“Selain itu, kami ingin juga akan terus memperkenalkan inovasi dalam pengurusan sisa pepejal dan pemulihan alam sekitar untuk menjadikan Kuching sebagai bandar yang lebih hijau dan mampan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan