Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail Bernama

Kementerian Perpaduan Negara aktifkan Skuad Ihsan MADANI

ByBernama

PUTRAJAYA, 18 Dis: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) hari ini mengaktifkan Skuad Ihsan MADANI dengan keanggotaan 80 sukarelawan terdiri daripada pegawai serta petugas jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata Skuad Ihsan MADANI adalah bukti komitmen kementeriannya dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti, dan empati dalam kalangan masyarakat.

“Pasukan ini bukan sahaja berfungsi sebagai sokongan kepada usaha-usaha perpaduan, tetapi juga sebagai medium untuk mendekati komuniti secara langsung dan menawarkan bantuan secara cekap serta menyeluruh.

“Skuad ini akan memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelbagai program dan inisiatif perpaduan, termasuk penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama dalam situasi kecemasan dan bencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Skuad Ihsan MADANI merupakan cetusan idea Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar untuk penjawat awam diaturgerakkan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan