Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peminat muzik rock di seluruh negara jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Rock In The Jungle (RITJ), festival rock terbesar tahun ini yang bakal menghimpunkan barisan kumpulan rock lagenda dari Malaysia dan Indonesia.

Festival Rock Terbesar ‘gegar’ Santubong 28-29 Disember ini

ByConnie Grace

KUCHING, 18 Dis: Festival rock terbesar, Rock In The Jungle (RITJ) menghimpunkan barisan kumpulan rock lagenda dari Malaysia dan Indonesia bakal ‘menggegar’ Kampung Budaya Sarawak (KBS) di Santubong pada 28 hingga 29 Disember ini, mula jam 2 petang hingga 12.30 malam.

Authentic Ideas & Events dalam kenyataannya mengajak peminat muzik rock dari seluruh negara supaya tidak melepaskan peluang keemasan untuk sama-sama memeriahkan festival rock terbesar tahun ini.

‘Beberapa kumpulan rock terkenal seperti Wings, Sweet Charity, Edane, XPDC, Candy, Jemson serta bakat-bakat tempatan seperti Senseless, BNB, Criss X, dan JS Boys akan menggegar pentas dengan pelbagai genre muzik rock,” katanya.

Festival ikonik ini dianjurkan oleh Authentic Ideas & Events dengan sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Tourism Malaysia.

Katanya, gerai makanan, pameran kraf tangan tempatan dan koleksi eksklusif barangan rasmi yang pasti memeriahkan suasana menjadi tarikan sepanjang RITJ.

“Acara lain juga akan dimulakan pada jam 2 petang dengan persembahan istimewa oleh kumpulan pemuzik tempatan di Pentas Pancaindera, memberi ruang kepada bakat tempatan untuk menyerlah.” ujarnya lagi.

Tidak hanya menjadi pusat perhimpunan peminat rock, festival ini juga memberi peluang untuk mengenali keindahan alam semula jadi Sarawak dan budaya tempatan dengan latar belakang indah Gunung Santubong.

Menurutnya, RITJ bukan sahaja menyemarakkan dunia muzik, tetapi juga memperkenalkan Sarawak sebagai destinasi utama untuk acara hiburan dan kebudayaan bertaraf dunia.

Bagi peminat tegar muzik rock, RITJ adalah tempat yang wajib dikunjungi pada hujung tahun ini. Gabungan muzik rock yang bertenaga dengan pesona alam semula jadi pasti memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari ticketmelon.com/kanzenarena/rockinthejungle. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan