Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan telah memulakan usaha menambah seramai 800 doktor pakar setahun bagi memenuhi keperluan kesihatan negara, Dewan Negara dimaklumkan hari ini. foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Kerajaan tambah 800 doktor pakar setiap tahun

ByHandy G

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Kerajaan telah memulakan usaha menambah seramai 800 doktor pakar setahun bagi memenuhi keperluan kesihatan negara, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, walaupun jumlah berkenaan masih belum mencukupi namun jaminan telah diberikan oleh kerajaan bahawa pengambilan pakar akan terus dipertingkatkan.

Jelas beliau, setakat 30 September lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan sejumlah 299,672 petugas kesihatan yang merangkumi 266,898 petugas tetap dan 32,774 petugas kontrak.

Dewan Negara: Sarawak berpotensi jadi hab data AI di Kepulauan Borneo

“Daripada jumlah tersebut, seramai 7,720 adalah pakar perubatan, 44,030 pegawai perubatan, 7,626 pegawai pergigian, 12,775 pegawai farmasi, 70,075 jururawat dan 19,798 penolong pegawai perubatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Prof. Tan Sri Datuk Dr. Mohamed Haniffa Abdullah yang ingin tahu mengenai langkah-langkah segera yang diambil oleh kerajaan dalam menangani krisis kekurangan tenaga kerja di sektor kesihatan, khususnya melibatkan doktor, jururawat, dan kakitangan sokongan.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata,  selain langkah-langkah proaktif menambah jumlah doktor pakar, KKM juga akan menangani isu kekurangan doktor, jururawat dan kakitangan sokongan.

Tambah beliau, kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif inklusif bagi memperkukuh sumber manusia kesihatan.

Dewan Negara: Sarawak berpotensi jadi hab data AI di Kepulauan Borneo

“Ini termasuk pengisian jawatan secara tetap secara berterusan di fasiliti kesihatan di seluruh negara, selain pelantikan dan mobilisasi petugas lantikan kontrak,” ujar beliau.

Beliau turut memaklumkan kementerian melaksanakan pemetaan penjawatan pakar perubatan yang melibatkan bidang kepakaran, subkepakaran, serta kedudukan pakar residen di hospital-hospital.

“Langkah ini bertujuan memudahkan perancangan, mobilisasi, dan perkembangan perkhidmatan kepakaran di KKM,” katanya lagi.

Selain itu, beliau berkata konsep kluster perkhidmatan kepakaran mengikut wilayah dan kluster hospital juga telah diperkenalkan.

Lukanisman turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sebanyak 12,800 jawatan telah diluluskan untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi peralihan jawatan doktor kontrak kepada jawatan tetap.

“Ini adalah usaha penting untuk meningkatkan jumlah doktor, doktor gigi, dan pegawai farmasi di fasiliti kesihatan kita,” jelasnya.

Mengulas mengenai fasiliti baharu, beliau memaklumkan Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Petrajaya di Sarawak dijangka akan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.

“Penambahan fasiliti baharu ini akan meningkatkan keperluan kepada tenaga kerja yang mencukupi untuk memastikan operasi berjalan lancar,” katanya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan