Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan AGB dan KPK Pink mengharumkan nama Sarawak apabila meraih tempat kedua dan ketiga di Kejohanan Paintball Lada Cup di Langkawi pada 14 hingga 15 Disember.

KPK Pink dan AGB harumkan nama Sarawak dalam sukan paintball Malaysia

ByTVS

KUCHING, 18 Dis: Pasukan AGB dan KPK Pink mengharumkan nama Sarawak apabila meraih tempat kedua dan ketiga di Kejohanan Paintball Lada Cup di Langkawi pada 14 hingga 15 Disember.

Kedua-dua pasukan ini bernaung di bawah Kelab Paintball Kidurong yang berpangkalan di Bintulu.

Aksi pasukan paintball dari Sarawak pada Kejohanan Paintball Lada Cup.

Pasukan AGB menyertai kategori Division 3, manakala KPK Pink bertanding dalam kategori Women International Paintball Challenge.

“Kami bersyukur kerana walaupun ini kali pertama menyertai pertandingan, kami dapat memberi saingan kepada pasukan lain.

“Walaupun pengalaman kami masih kurang, kami bangga meraih tempat ketiga dalam kategori terbuka wanita antarabangsa,” kata kapten KPK Pink, Ling Lee Chuen menerusi kenyataan, hari ini.

Pengurus kontinjen, Johnson Lee, berharap kejayaan ini dapat memberi dorongan kepada pemain paintball Sarawak untuk terus berlatih dengan gigih dan menyertai lebih banyak kejohanan.

“Kami telah membuktikan bahawa pasukan paintball dari Sarawak mampu bersaing dengan pasukan luar.

“Sebagai contoh, KPK Pink telah membuktikan bahawa wanita juga boleh bersinar dalam sukan paintball.

“Saya berharap lebih ramai wanita akan mencuba sukan ini,” tambah beliau.

Sebanyak 41 pasukan, termasuk pasukan antarabangsa dari Amerika Syarikat, Thailand, Jepun, Singapura dan Iran menyertai kejohanan ini, menjadikannya salah satu acara terbesar dalam sukan paintball di Malaysia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan