Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Education Malaysia Indonesia (EMI), Dr. Hasnul Faizal. Foto David Andreas (TVS)

4,400 pelajar Indonesia menuntut di universiti di Malaysia tahun ini

ByTVS

JAKARTA, 18 Dis: Jumlah permohonan visa pelajar baharu dari Indonesia untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi di Malaysia bagi tahun ini adalah seramai 4,400 orang.

Berdasarkan rekod Education Malaysia Indonesia (EMI), permohonan itu dikemukakan pelajar Indonesia untuk melanjutkan pengajian di pelbagai universiti di Malaysia termasuk Sarawak.

Menurut Pengarah EMI, Dr. Hasnul Faizal berkata jumlah permohonan itu boleh dicapai berikutan peranan EMI dalam melancarkan pelbagai inisiatif dan program untuk mempromosikan pendidikan tinggi Malaysia di Indonesia tahun ini.

“Sepanjang tahun 2024, EMI telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif dan program yang bertujuan memperkasakan peranan Malaysia sebagai destinasi pendidikan utama pilihan di peringkat antarabangsa khususnya di Indonesia,” katanya.

Sekurang-kurangnya EMI telah berjaya melaksanakan 188 aktiviti yang terdiri daripada aktiviti promosi pendidikan, pameran pendidikan, sesi engagement bersama agensi kerajaan, lawatan ke universiti melibatkan beberapa wilayah di Indonesia sepanjang tahun ini.

Faizal turut menyebut pelbagai kerjasama akademik antara universiti Malaysia-Indonesia turut memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada jumlah kemasukan.

Beliau menjangkakan lebih ramai pelajar Indonesia akan melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti Malaysia tahun depan apabila Indonesia setakat ini menjadi peringkat kedua pelajar antarabangsa di Malaysia dengan lebih 11,000 pelajar.

Di samping itu, EMI akan terus aktif menjalankan lebih banyak program promosi pada tahun akan datang sebagai usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan unggul di peringkat serantau dan global. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan