Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu terbabas di hadapan sebuah kilang di Jalan Demak, Kuching, malam ini. Foto JBPM

Lelaki cedera, kereta terbabas di Jalan Demak

KUCHING, 17 Dis: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu terbabas di hadapan sebuah kilang di Jalan Demak di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Rahman Deni berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.28 malam dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

“Setiba pihak bomba di lokasi, mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan terbabas di bahu jalan.

“Seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu masih berada di dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan board strechers sehingga selesai.

“Seterusnya, mangsa telah dibawa ke hospital oleh unit EMRS untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan