Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan kerja-kerja bagi mempersiapkan jalan dan lebuh raya untuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025. Foto Bernama

Persiapan jalan, lebuh raya bagi sidang kemuncak ASEAN 2025 sedang dilaksana – Nanta

ByBernama

KAJANG, 17 Dis: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan kerja-kerja bagi mempersiapkan jalan dan lebuh raya untuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata antara kerja terbabit ialah pembaikan jalan serta infrastruktur di sepanjang laluan yang akan dilalui kenderaan protokol dan orang kenamaan.

“Kerja-kerja sudah dimulakan menggunakan peruntukan khas sejak sebulan atau dua bulan lepas.

“Di bahagian KKR, kita lebih kepada (memastikan) jalan raya di sepanjang laluan protokol berada dalam keadaan terbaik,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Larian Malam Budaya@Jambatan Kedua Pulau Pinang (CNR) 2025 di sini hari ini.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau turut mencadangkan agar penganjur CNR 2025 iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia menukar nama acara berkenaan kepada Larian Malam Budaya ASEAN bagi melambangkan pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

CNR 2025, yang merupakan edisi keempat larian tahunan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, menggabungkan pelbagai kategori, persembahan kesenian dan kebudayaan bagi mempamerkan budaya masyarakat majmuk di Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan