Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inonasi dan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee merakam kenangan bersama hadirin yang lain Foto TVS.

Tapak baharu SK Abang Abdul Rahman dikenal pasti

SARATOK, 17 Dis: Tapak baharu bagi pembinaan Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Rahman (SKAAR) Saratok kini sudah dikenal pasti.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee, tapak baharu itu terletak kira-kira dua kilometer daripada lokasi sedia ada atau bersebelahan dengan Hotel Victori Inn.

“Kita telah berbincang di pejabat saya pada minggu lepas mengenai perkara ini.

“Status tanah ini adalah hak milik kerajaan negeri dan bagi saya ianya tidak akan mendatangkan banyak masalah.” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Sambutan Ke-100 Tahun Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Rahman (SKAAR) disini pada Selasa.

Tegasnya, sekolah baharu itu kelak bukan SK Abang Abdul Rahman kedua, tetapi merupakan yang bangunan baharu bagi menggantikan sekolah sedia ada yang agak padat dan sempit,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan