Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 10 kes baharu dicatatkan di Kampala, menjadikannya kawasan paling teruk terjejas. Foto hiasan Envato

Kes mpox di Uganda melebihi 1,000, enam kematian dilaporkan

ByBernama

KAMPALA, 17 Dis: Jumlah kumulatif kes mpox yang disahkan di Uganda melebihi angka 1,000, dengan enam kematian direkodkan sejak wabak itu diisytiharkan lima bulan lalu di negara terbabit, menurut Kementerian Kesihatan Uganda pada Isnin.

Sebanyak 17 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,044 kes di 57 daripada 146 daerah di Uganda sejak kes pertama dikesan pada Ogos, lapor Xinhua memetik laporan yang dikeluarkan kementerian itu.

Sekurang-kurangnya 10 kes baharu dicatatkan di Kampala, menjadikannya kawasan paling teruk terjejas.

Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa mesej kesedaran awam mengenai penyakit ini telah disiarkan di 45 stesen radio dan empat saluran TV di seluruh negara.

Dengan sokongan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan kongsi yang lain, Uganda telah mempergiat langkah pencegahan termasuk meningkatkan pemantauan, pengurusan kes, komunikasi risiko dan penglibatan komuniti, serta kempen kesedaran awam untuk membendung penularan virus berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan