Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan lawatan kerja di Jepun dengan mengadakan pertemuan dengan syarikat penerbangan Boeing Japan mengenai bahan api penerbangan mampan (SAF). Foto Zaim Zharfan (TVS)

Boeing mahu sumbang kepada visi Abang Johari

ByDouglas Elliot

TOKYO, 17 Dis: Syarikat penerbangan antarabangsa Boeing menunjukkan komitmennya untuk menyokong matlamat pembangunan hijau yang digariskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Presiden Boeing Japan, Eric John mengakui kagum terhadap pencapaian dan visi progresif yang telah ditetapkan oleh Abang Johari, menandakan keyakinan syarikat itu terhadap potensi Sarawak dalam memimpin perubahan ke arah kelestarian.

“Beberapa perkara yang menarik perhatian saya dalam pertemuan dengan beliau, pertamanya visi beliau terhadap penerbangan mampan dan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) di Malaysia.

“Keduanya, visi untuk mengembangkan serta memajukan Sarawak dan saya sendiri menyokong idea tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan Abang Johari di ibu pejabat Boeing Japan, hari ini.

Jelasnya, Boeing juga teruja dengan potensi untuk terlibat sama dan memberi sokongan dalam pembangunan wilayah Sarawak.

Terdahulu, Abang Johari mengetuai delegasi Sarawak dalam sesi pertemuan berkenaan.

Turut serta, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan