Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar selepas sesi sidang media Countdown 2025 di Bangunan Baitulmakmur II, pada Selasa. Foto Alex Teo (TVS)

Ambang Tahun Baru 2025 bakal disambut meriah di Waterfront Kuching

ByWilly Jali

KUCHING, 17 Dis: Sambutan Tahun Baru 2025 bakal disambut meriah dan penuh gilang-gemilang di Waterfront Kuching di sini, pada 31 Disember 2024.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan kali ini akan menampilkan gabungan aktiviti kesenian, budaya dan hiburan untuk memenuhi pelbagai citarasa pengunjung.

“Bagi acara Countdown 2025, pelbagai aktiviti menarik bakal dilaksanakan dan dipersembahkan untuk rakyat Sarawak. Pada tahun ini, sebelum acara kemuncak pada malam 31 Disember 2024, pelbagai aktiviti kesenian akan diadakan di sebelah siang, bermula 8 pagi hingga 6 petang bertempat di Waterfront, Kuching.

“Antaranya ialah, Senamrobik-Senam Kenyalang, Persembahan Pelajar Kelas Bimbingan Seni (Kanak-Kanak & Dewasa) Majlis Seni Sarawak (MSS), Pameran dan Demonstrasi Seni Visual dan persembahan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) Junior,” katanya pada sidang media Countdown 2025 di Bangunan Baitulmakmur II pada Selasa.

Acara yang dianjurkan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) ini bakal disiarkan secara langsung di TV Sarawak (TVS).

Tambah Abdul Karim, acara turut diselitkan dengan tiga segmen persembahan iaitu segmen pra persembahan, segmen satu dan segmen dua yang bakal menjanjikan pengalaman yang menarik kepada pengunjung.

“Segmen pra-persembahan yang bermula jam 6.45 petang hingga 8.20 malam di Godown Amphitheatre, Waterfront Kuching, akan menampilkan muzik instrumental dan persembahan buskers tempatan.

“Segmen satu pula akan bermula jam 8.30 malam dan suasana bakal dihidupkan dengan persembahan tarian pembukaan oleh kumpulan I-Cats Performing Arts. Tidak ketinggalan, nyanyian daripada artis tempatan seperti Harris Mukhriz, Isz Arfan, Roxy Ixzy, dan Excrozim Band. Persembahan sketsa jenaka oleh Lan Perey dan Ashweein Narayanan turut memeriahkan segmen ini,” tambahnya.

Kemuncak acara iaitu segmen kedua akan berlangsung pada jam 10 malam hingga 12.55 malam dan dihangatkan lagi dengan persembahan Kumpulan Permata Seni MSS dan Zeppo Youngstersz.

Ia turut diwarnai dengan persembahan artis popular tanah air seperti Akim & The Majistret, Zee Avi dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Justeru, orang ramai, khususnya rakyat Sarawak dijemput untuk datang memeriahkan acara dan dinasihatkan untuk berkongsi kenderaan agar dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menjaga kebersihan kawasan Waterfront Kuching untuk kepentingan bersama.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan