Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Energy Asia (FB)

PETRONAS perkenal Anugerah Energy Asia bagi iktiraf kecemerlangan dalam peralihan tenaga

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperkenalkan Anugerah Energy Asia sebagai satu inisiatif di bawah penganjuran Energy Asia 2025 bagi mengiktiraf pencapaian dan kepimpinan cemerlang dalam memajukan peralihan tenaga sewajarnya.

Persidangan Energy Asia 2025 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 16-18 Jun, 2025.

Dalam kenyataannya hari ini, Petronas berkata anugerah itu juga bertujuan melengkapi agenda komprehensif persidangan berkaitan dialog konstruktif antara pemimpin global dan eksekutif perniagaan bagi mencapai masa depan mampan.

Pada masa sama, ini juga dapat menangani usaha pengurangan pelepasan karbon selain mengekalkan keupayaan rantau ini bagi meneruskan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial.

Menurut Petronas, seiring tema persidangan “Delivering Asia’s Eenergy Transition” atau Menyampaikan Peralihan Tenaga Asia, anugerah itu juga bertujuan mengetengahkan kalangan inovator dan syarikat yang terbukti menghasilkan penyelesaian berkesan bagi memenuhi permintaan tenaga yang kian ketara di rantau ini, mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan usaha sistemik ke arah kemampanan sambil mengutamakan orang ramai serta komuniti dalam teras peralihan tenaga.

Pengurus Besar Kanan Petronas (Tenaga Asia & Strategi, Perancangan dan Tadbir Urus, Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi) Datin Arni Laily Anwarrudin berkata anugerah itu direka bagi mengiktiraf individu, organisasi dan inisiatif yang membentuk masa depan lebih bersih serta mampan, sekali gus menjadi inspirasi untuk dicontohi.

Anugerah itu akan merangkumi Anugerah Eureka yang mengiktiraf sumbangan usahawan dan syarikat yang mempercepat usaha penyahkarbonan dan meningkatkan kecekapan sumber melalui teknologi dan inovasi.

Turut diketengahkan adalah Anugerah Trailblazer yang menghargai pengubah dan organisasi yang komited terhadap pemupukan pertumbuhan inklusif yang menyokong pembangunan sosioekonomi dalam pendidikan, pemuliharaan alam sekitar dan keterjaminan tenaga.

Serahan penyertaan bagi dua kategori akan dibuka mulai 6 Jan, 2025 hingga 31 Mac, 2025 dan pemenang akan diumumkan pada majlis resepsi persidangan itu.

Selain itu, pemenang juga berpeluang mengambil bahagian dalam perbincangan program Energy Asia 2025.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi www.officialenergyasia.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan