Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Front Row Live Series 2025 di Kuching, hari ini. Foto TVS

MTCP taja 238 program di Sarawak sepanjang 2024

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Dis: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak mencatatkan kejayaan dengan memberi tajaan kepada 238 program yang berlangsung di seluruh Sarawak tahun ini.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia meliputi pelbagai acara menarik termasuk festival kebudayaan, muzik, makanan serta sukan yang menjadikan Sarawak sebagai tumpuan utama pelancongan dan hiburan di Malaysia.

“Kita mempunyai 238 acara, boleh dikatakan setiap minggu kita mempunyai acara di suatu tempat di Sarawak.

“Kita telah menganjurkan Regata Perahu Naga Antarabangsa Sarawak, Regata Sarawak, Rainforest World Music Festival (RWMF), Borneo Sonic Music Festival (BSMF), Festival Jazz Borneo dan maraton bertaraf antarabangsa,” katanya berucap pada sidang media Front Row Live Series 2025 di sini, hari ini.

Menurutnya, Sarawak optimis mencapai sasaran seramai lima juta pengunjung pada tahun 2025 seperti yang diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bulan lepas.

“Beliau (Abang Johari) telah mengumumkan tahun depan sasarannya ialah lima juta pelancong ke negeri ini dan itu merupakan peningkatan sebanyak satu juta orang.

“Kita tidak pernah mencecah jumlah tersebut sebelum ini. Jadi, ini bermakna kita perlu bekerja lebih keras dan akan terus memulakannya pada Januari depan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan