Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan lebih 76,429 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan sejak pelaksanaan Strategi Pelaburan Digital Masa Depan (DIF5).Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Lebih 76,000 peluang pekerjaan digital bernilai tinggi diwujudkan

ByHandy G

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Dewan Negara dimaklumkan lebih 76,429 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan sejak pelaksanaan Strategi Pelaburan Digital Masa Depan (DIF5).

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, statistik itu jauh mengatasi sasaran awal iaitu 50,000 pekerjaan bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Kata beliau, ini menunjukkan Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab teknologi digital dengan kejayaan DIF5.

“Sehingga suku ketiga 2024, inisiatif ini juga telah menarik pelaburan sebanyak RM213.95 bilion, bersama penyertaan 710 syarikat baharu yang telah memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Dewan Negara: 20 peratus usahawan SPUMI gagal lunas pinjaman

“Kejayaan ini didorong oleh keyakinan pelabur terhadap Malaysia dan perkembangan pesat ekosistem digital, termasuk kemunculan syarikat pemula dan pusat inovasi baharu,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Rita Sarimah Patrick Insol yang ingin tahu pencapaian kementerian setakat ini melalui inisiatif untuk mewujudkan 50,000 pekerjaan bernilai tinggi melalui DIF5 serta cabaran-cabaran yang dihadapi.

Sementara itu, Gobind turut memuji peranan DIF5 dalam memperkasa bakat tempatan melalui program latihan dan pembangunan kemahiran, yang bukan sahaja membantu pekerja bersaing di peringkat global tetapi juga memacu transformasi ekonomi digital negara.

Beliau juga mengakui terdapat cabaran dalam melaksanakan strategi ini, terutama dalam memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam pasaran global yang semakin mencabar.

Dewan Negara: Pengenalan cukai gula beri impak positif terhadap kesihatan awam

“Namun, dengan komitmen kita terhadap kemajuan teknologi dan kolaborasi antara sektor awam dan swasta, kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamat jangka panjang DIF5,” tambahnya.

DIF5, yang berlandaskan Rancangan Malaysia Ke-12, dijangka terus membawa impak positif kepada ekonomi Malaysia sehingga 2025, meletakkan negara Malaysia sebagai salah satu pemain utama dalam arena digital global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan