Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak, Abdul Rahman Ahmad ketika ditemui media pada Hari Terbuka TVET Pembinaan 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak di Kuching pada Isnin. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Hari Terbuka TVET peluang lahir tenaga kerja mahir dalam industri pembinaan

ByWilly Jali

KUCHING, 16 Dis: Akademi Binaan Malaysia (ABM) terus mengorak langkah sebagai institusi utama melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor pembinaan melalui penganjuran Hari Terbuka TVET Pembinaan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak 2024.

Program ini bertujuan memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan mempromosikan pembangunan mampan dalam sektor pembinaan.

Menurut Ketua Eksekutif ABM Wilayah Sarawak, Abdul Rahman Ahmad, program ini membuka peluang dan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang industri pembinaan.

“Tujuan kita mengadakan Hari Terbuka TVET ini adalah untuk mengumpulkan pelajar-pelajar daripada sekolah, komuniti yang berada di sekitar kawasan kampus kita, serta pemain-pemain industri.

“Dengan ini, mereka dapat datang untuk melihat sendiri apa yang kita boleh tawarkan kepada pihak industri mahupun bakal-bakal pelapis dalam industri pembinaan, terutama sekali pelajar yang masih berada di bangku sekolah.

“Pada hari ini, kita dedahkan kepada para pelajar pelbagai program yang ditawarkan dalam industri pembinaan, terutamanya dalam bidang mekanikal-elektrikal, struktur sivil, seni bina bangunan dan pengendalian jentera berat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Hari Terbuka Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pembinaan 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak di sini, pada Isnin.

Sementara itu, katanya, ABM kekal komited memainkan peranan penting dalam mendukung visi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia untuk menjadikan TVET sebagai peneraju utama dalam sektor pembinaan.

Tegas, Abdul Rahman, ABM berusaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkebolehan dan berdaya saing.

“Secara asasnya, ABM berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dengan beberapa matlamat utama. Pertama, untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja asing.Kedua, untuk menerokai bidang-bidang latihan dalam industri pembinaan yang mungkin belum ditawarkan oleh institusi lain.

“Ketiga, mengadaptasikan penggunaan teknologi terkini dalam latihan dan penilaian yang berkaitan dengan industri pembinaan.Jadi, di sinilah peranan penting ABM, iaitu melahirkan bakal-bakal pekerja mahir dalam sektor pembinaan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri pembinaan, terutamanya di Malaysia dan Sarawak,” tambahnya.

Program yang diadakan selama dua hari iaitu 16 dan 17 Disember ini turut diisi dengan pengisian menarik seperti Ceramah Kerjaya, ‘Booth Talk’, pameran kemahiran, cabutan bertuah dan sebagainya.

Ia turut melibatkan penglibatan daripada pelajar sekolah dan institusi di sekitar Bahagian Kuching.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan