Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menjawab soalan berkaitan langkah meningkatkan kemahiran dan kesedaran ibu bapa dalam menangani isu kekeluargaan di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: LPPKN bangunkan dua modul, tangani isu kekeluargaan

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah membangunkan dua modul sebagai langkah meningkatkan kemahiran dan kesedaran ibu bapa dalam menangani isu kekeluargaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata modul-modul tersebut termasuk Modul Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) dan Modul KASIH Keibubapaan Digital.

“Modul PEKA ini memfokuskan untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa, penjaga dan masyarakat mengenai isu keselamatan anak manakala Modul KASIH Keibubapaan Digital bertujuan memperkasa ibu bapa dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk mengurus cabaran anak-anak generasi digital masa kini,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Mujahid Yusof yang ingin tahu usaha kementerian dalam menangani isu kemahiran keibubapaan berdepan cabaran media sosial yang boleh menjejaskan aspek nilai kekeluargaan.

Tambah Noraini, modul PEKA bertujuan memberi kemahiran asas pencegahan kemalangan dan situasi risiko berbahaya, asas menyelamat dan rawatan kecemasan serta keselamatan keluarga di alam siber meliputi buli siber, sexting, online grooming dan kawalan ibu bapa.

“Modul ini dihasilkan melalui penglibatan rakan strategik termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia.

“Kumpulan sasar bagi modul ini adalah ibu bapa yang mempunyai anak kecil sehingga berusia 12 tahun, pengasuh dan pengusaha TASKA/TADIKA, pemimpin komuniti dan para sukarelawan,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi bagi Modul KASIH Keibubapaan Digital, ia bermatlamat unuk menerapkan nilai dan etika positif di alam siber, meningkatkan pengetahuan ibu bapa terhadap cabaran digital serta meningkatkan kemahiran ibu bapa dalam memantau penggunaan aplikasi digital dalam kalangan kanak-kanak.

Noraini berkata penghasilan modul tersebut melibatkan beberapa pakar rujuk daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti CyberSecurity Malaysia selain pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.

Untuk rekod setakat ini LPPKN telah melaksanakan 401 kursus PEKA yang melibatkan 11,917 peserta dan 40 kursus KASIH Keibubapaan Digital dengan penglibatan 1,129 peserta secara keseluruhan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan