Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakam gambar kenangan bersama penduduk di Long Seridan. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Long Seridan berpotensi besar jadi destinasi pelancongan

ByVanessa Enjop

MIRI, 15 Dis: Long Seridan memiliki potensi besar untuk menjadi destinasi pelancongan yang unik dan menarik di Sarawak, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, usaha lebih aktif  harus dilakukan untuk mengembangkan sektor pelancongan di kawasan ini, termasuklah melalui penganjuran festival budaya dan makanan.

“Long Seridan mempunyai keunikan tersendiri yang boleh dijadikan daya tarikan pelancongan. Selain kraf, saya mencadangkan agar satu festival budaya dan makanan dianjurkan, mungkin setiap dua tahun sekali.

“Ini bukan sahaja dapat mempromosikan Long Seridan, tetapi juga meningkatkan ekonomi tempatan dan memelihara budaya kita,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian MYSED Go Rural di Long Seridan di sini, hari ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu turut mencadangkan program latihan kepada pengendali homestay di kawasan itu untuk memberi pendedahan tentang amalan terbaik dalam pengurusan dan hospitaliti.

“Homestay dan produk pelancongan lain boleh diusahakan, tetapi perlunya kursus atau panduan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pengendali homestay. Saya akan cuba membawa isu ini ke perhatian pihak berwajib supaya kursus berkaitan dapat diadakan di sini,” tambahnya.

Beliau turut menekankan keutamaan belia khususnya di kawasan pedalaman dalam membentuk masyarakat yang lebih progresif.

“Kami sedar peranan belia sangat penting dalam pembangunan masyarakat dan negeri. Oleh itu, kami sering mengadakan program-program untuk menyuntik semangat serta memberi pendedahan tentang dasar kerajaan kepada golongan muda.

“Selain itu, kami turut mengadakan program libat urus dengan pelajar universiti di negeri lain seperti Sabah dan Johor. Pendekatan ini penting kerana pelajar universiti adalah bakal pemimpin yang akan membangunkan negeri dan negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM50,000 termasuk dana khusus kepada kumpulan wanita, belia dan JKKK kampung Long Seridan yang boleh digunakan untuk aktiviti berkaitan pelancongan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan