Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew merakam gambar bersama sebahagian pelukis yang terlibat dalam pameran. Foto TVS

78 karya seni bantu jayakan kutipan dana Projek Kebajikan Krismas

KOTA SAMARAHAN, 14 Dis: Sebanyak 78  karya seni pelbagai peringkat umur, amatur dan profesional dihimpun dalam satu pameran ‘Brushes of Joy’ untuk dijual kepada pengunjung.

Kesemua karya lukisan itu adalah sebahagian dari Projek Kebajikan Krimas anjuran Artaven dan Hotel Meritin dalam usaha mengumpul dana bagi membantu dua pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi golongan kanak-kanak rentan dan kurang upaya iaitu Persatuan Pendidikan D’Wira, Kuching dan Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti, Serian.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, penganjuran pameran ini adalah hasil dari kejayaan bengkel yang diadakan pada dua bulan lalu.

Menurutnya, menerusi bengkel itu, lapan pelukis terkenal terutama dari kumpulan Sarawak Artists Society (SAS) menjadi fasilitator kepada pelukis muda dan amatur.

“Ini akan memberikan impak kepada masyarakat, terutama kepada golongan yang tidak bernasib baik dan sudah tentunya kita sentiasa memberikan perhatian kepada mereka, itu yang paling penting dan begitu juga anda melalui wakil dan pertubuhan NGO yang ada di sini untuk membantu (mereka).

“Saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Olivia Ting dari Hotel Meritin dan David dari Artaven bersama Hison dan Evelyn atas kebaikan anda untuk ambil peduli terhadap golongan ini,” katanya.

Sebastian Ting berkata demikian dalam ucapan perasmian pameran tersebut di ruang seni, Artaven pada Sabtu.

Sementara itu Pengarah Eksekutif dan Pengurus Besar Hotel Meritin, Olivia Ting yang ditemui TVS selepas pelancaran pameran tersebut berkata, projek kebajikan itu bermula dengan pendaftaran bagi bengkel seni di mana setiap yuran yang diterima dari pengunjung dimasukkan ke dalam tabung dana bagi membantu dua pertubuhan kebajikan terbabit.

Olivia turut menjelaskan pameran itu yang bermula hari ini akan diteruskan sehingga ke Tahun Baru Cina dalam usaha untuk meraih lebih banyak lagi dana bagi membantu dua pertubuhan terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan