KOTA SAMARAHAN, 14 Dis: Pasukan futsal Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching menjuarai Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak Tahun 2024 yang berakhir semalam.
Naib johan dimenangi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu manakala tempat ketiga bersama dimenangi IPD Song dan Batalion 10 Sibu.
Bagi kategori wanita, IPK Sarawak muncul juara, naib johan IPD Serian manakala ketiga IPD Kuching.
Pertandingan bola tampar kategori lelaki dimenangi IPD Miri, naib johan Briged Sarawak, manakala ketiga IPD Limbang.
Bagi kategori wanita johan dimenangi IPD Sibu, naib johan PULAPOL Kuching dan ketiga IPK Sarawak.
Kejohanan Futsal dan Bola Tampar Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak 2024 telah berlangsung bermula 9 hingga 13 Disember 2024 menutup tirainya dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak di Stadium Tertutup Kota Samarahan petang semalam.
Aturcara dimulai dengan simbolik perasmian kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak yang telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. – TVS