Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seekor buaya sepanjang 3.6 meter berjaya ditangkap pihak bomba di Kampung Sungai Lingkau di sini, hari ini. Foto JBPM

Buaya sepanjang 3.6 meter ditangkap di belakang rumah penduduk di Simunjan

Buaya sepanjang 3.6 meter ditangkap di belakang rumah penduduk di Simunjan

SIMUNJAN, 14 Dis: Seekor buaya sepanjang 3.6 meter ditangkap pihak bomba di Kampung Sungai Lingkau di sini, hari ini.

Komander Operasi, Adam Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.02 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati seekor buaya terperangkap di belakang rumah seorang penduduk.

“Pihak bomba terus menjalankan operasi menggunakan PPE yang lengkap dan memulakan operasi menjerut buaya tersebut menggunakan tali dan guni untuk menutup mata untuk memudahkan kerja-kerja mengikat bahagian kepala dan kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sang bedal tersebut berjaya ditangkap oleh pihak bomba dan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan