Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Dari kiri) Hafizaratul Iqma Ibrahim, Eleviana Zulkifli, Asri Amirrudin dan Nurul Syafiqah Sulaihi. Foto TVS

Bantuan SKAS melalui Sarawak Pay lebih mudah dan berkesan

SIBU, 13 Dis: Penyaluran bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melalui aplikasi Sarawak Pay memudahkan penerima menggunakan bantuan dengan lebih cepat dan efektif.

Orang ramai bersetuju penyaluran SKAS melalui Sarawak Pay sesuai dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa kini.

Menurut seorang peniaga, Eleviana Zulkifli, penggunaan Sarawak Pay memberi kemudahan kerana kebanyakan rakyat Sarawak sudah menggunakan aplikasi ini.

“Kini semuanya lebih mudah, hanya perlu imbas kod QR melalui telefon pintar untuk membuat pembayaran.

“Hampir 70 peratus rakyat Sarawak mempunyai aplikasi ini, termasuk penduduk luar bandar yang semakin celik teknologi,” katanya ketika ditemui TVS, hari ini.

Graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Nurul Syafiqah Sulaihi, turut bersetuju bahawa aplikasi ini memudahkan urusan harian.

“Kita hanya perlu imbas kod QR di kedai tanpa perlu log masuk ke akaun bank seperti sebelum ini. Ia lebih cepat dan praktikal,” jelasnya.

Seorang lagi peniaga, Asri Amirrudin, mengakui mungkin terdapat cabaran untuk penduduk di kawasan pedalaman yang belum biasa dengan teknologi ini.

“Bagi yang tidak biasa dengan aplikasi seperti Sarawak Pay, mereka boleh mendapatkan bantuan untuk memuat turun dan mendaftar.

“Walaupun ada kekangan, ia tetap relevan kerana teknologi semakin berkembang,” katanya.

Pekerja swasta, Hafizaratul Iqma Ibrahim, turut berpendapat bahawa Sarawak Pay adalah pilihan terbaik bagi bantuan SKAS.

“Kaedah ini lebih memudahkan berbanding transaksi melalui akaun bank,” ujarnya.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bantuan SKAS akan disalurkan dalam bentuk kredit aplikasi Sarawak Pay bagi meringankan beban golongan sasar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan