Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APM Limbang mengadakan pemantauan di Rumah Entebang Lubuk Pasu, yang dinaiki air. Foto APM Limbang

Banjir: Rumah Entebang Lubuk Pasu Limbang terjejas, jalan utama Semena dinaiki air

LIMBANG, 13 Dis: Seramai 265 penghuni Rumah Panjang Entebang, Lubuk Pasu di sini terkesan banjir setinggi hampir satu meter akibat hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA), Bonnie Madisun berkata operasi pemantauan dijalankan di beberapa kawasan berisiko dinaiki air di kawasan Medamit bermula jam 11 pagi.

Menurutnya hasil pemantauan mendapati beberapa kawasan iaitu Rumah Entebang Lubuk Pasu, jalan utama Semena dan hujung jalan Medamit dinaiki air.

“Ketika ini keadaan air didapati naik dan masuk ke dalam kawasan luar dan dalam rumah panjang Entebang Lubuk Pasu dan juga Rumah Atip Semena.

“Turut dinaiki air ialah jalan hujung Medamit serta jalan utama Semena yang terputus hubungan dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan besar mahupun kecil.

“Bagaimanapun keadaan semasa di lokasi pemantauan masih dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang insiden kecemasan berlaku,” katanya kepada TVS hari ini.

Jelas Bonnie pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi menilai sebarang situasi termasuk kemungkinan untuk memindahkan penduduk kampung di pusat pemindahan sementara.

Beliau turut menasihati penduduk kampung terjejas agar sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan semasa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan