Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di Ranau, hari ini. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Tiga lelaki maut terkena renjatan elektrik semasa pemasangan panel solar di Ranau

RANAU, 13 Dis: Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di sini, hari ini.

Menurut maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, tiga lelaki dikenali sebagai Wong, 54, Salleh, 34, dan Gimbal, 24, disahkan maut di lokasi.

Seorang lelaki, rakan sekerja mangsa, terselamat di dalam kejadian tersebut.

Di dalam sebuah kenyataan susulan, Timbalan Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Ediansah Edal berkata, siasatan mendapati tiga mangsa tersebut sedang memasang panel solar menggunakan perancah besi pada ketinggian 12 meter semasa kejadian tersebut berlaku.

Panel solar tersebut telah terdedah dengan kabel elektrik 11000kv.

Lelaki yang terselamat tersebut berada di sewaktu pemasangan panel tersebut dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pasukan bomba bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya, iaitu pada jam 12.03 tengah hari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan