Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Terengganu FC (FB)

TFC perlu teruskan momentum kemenangan – Ketua jurulatih

KUALA NERUS, 13 Dis: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali menggesa anak buahnya meneruskan momentum kemenangan ketika berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam esok.

Pengendali berusia 48 tahun itu berkata pemain perlu menampilkan aksi lebih baik dan konsisten bagi memastikan skuad Penyu mara ke peringkat separuh akhir piala paling berprestij negara itu.

Beliau berkata beraksi di tempat lawan, pemain perlu berusaha mendapatkan gol awal sebagai suntikan semangat untuk bekalan perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 21 Dis nanti.

“Saya harap pemain dapat kekalkan mentaliti kemenangan seperti sewaktu bertemu Melaka FC tempoh hari.

“Paling penting cuba dapatkan gol awal untuk naikkan semangat dan cetus impak positif perlawanan. Kita perlu menjaringkan seberapa banyak gol untuk bekalan selesa dibawa ke SSMZA Jumaat depan,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Badrul Afzan yang juga bekas pemain tengah Terengganu mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang rendah keupayaan lawan walaupun NSFC kini menduduki tangga tercorot Liga Super.

Beliau berkata pemain perlu menjangkakan kejutan daripada skuad bimbingan K.Nanthakumar itu, yang pastinya akan memberi tentangan sengit terhadap Skuad Penyu untuk meraih kemenangan di tempat sendiri.

“Lagipun cabaran dalam liga dan Piala Malaysia sangat berbeza. Aura dan semangat pasukan untuk merebut ibu segala piala’ itu tidak sama.

“Oleh itu jangan ambil mudah keupayaan lawan. Sentiasa waspada dan peka dengan pergerakan lawan mereka,” katanya yang turut lega kerana semua pemain bebas daripada kecederaan dan penggantungan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan