Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji Datuk Hajah Nurlaila Said (kiri 3) menampaikan replika cek Zakat Perniagaan Kepada Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie Pengurus Besar Tabung Baitumal Sarawak. Majlis Penyerahan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Foto Jazni Hanif (TVS)

TH serah zakat perniagaan RM 1.98 juta kepada Tabung Baitumal Sarawak

KUCHING, 13 Dis: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.98 juta bagi tahun kewangan berakhir 2023 kepada Tabung Baitumal Sarawak.

Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said berkata bayaran zakat ini merupakan tanggungjawab sosial korporat TH sebagai sebuah organisasi islam yang cakna terhadap kebajikan umat islam di negara ini.

Pihak TH berharap kata Nurlaila agar zakat tersebut dapat meringankan beban serta memberi bantuan secukupnya dan meningkatkan taraf kehidupan golongan asnaf dan B40 di Sarawak.

“Kami mengharapkan agar lebih ramai lagi membuka akau TH dan menabung, keseluruhan pendeposit di negeri Sarawak hampir 350, 000 tetapi masih ada lebih 60 peratus yang belum buka akaun di tabung haji,” katanya.

Beliau dalam pada itu menyeru agar masyarakat islam yang belum buka akaun TH itu bertindak secepat mungkin, supaya dapat memberi peluang kepada masing masing untuk berpeluang untuk menunaikan Haji lebih awal.

Nurlaila menekankan pembukaan akaun Tabung Haji boleh dimohon dengan lapan cawangan di seluruh Sarawak.

Terdahulu majlis penyerahan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan