Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hishammuddin berbesar hati masuk senarai Menteri Kanan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Ogos : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri (Kanan) Pertahanan.

Hishammuddin yang sebelum merupakan Menteri Luar berkata, beliau sentiasa berbangga dan berbesar hati untuk berkhidmat kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sangat besar jasanya kepada negara.

” Kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada saya untuk kembali menerajui Kementerian Pertahanan Malaysia amat dihargai. InsyaAllah, saya akan pikul amanah ini sebaiknya,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Hishammuddin turut berkongsi gambar ketika beliau melawat kem tentera di Sungai Besi pada 2017 yang mana ketika itu beliau diberi kepercayaan sebagai Menteri Pertahanan selama lima tahun bermula 2013 hingga 2018 ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan pada tahun lepas, jawatan berkenaan diisi oleh Ismail Sabri.

Selain Hishammuddin, senarai Menteri Kanan turut dibarisi oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya dan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin Menteri Pendidikan.

Menerusi pengumuman hari ini, Hishammuddin akan dibantu oleh Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz selaku timbalannya.-TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Post navigation

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan